Wednesday, December 10, 2008

Orchestra Concert WARDI

Hi semua...kalau u all perasan, there's no post in november kan? That time zul busy sangat...keluar pagi balik malam untuk latihan orkestra...tadi suddenly we got the confirmation that orchestra concert will be held in 24th January 2009 and not in this 17th December 2008...Fuhh, finally dapat take time untuk rehat...



so kepada semua rakan-rakan yang join orkestra, sabar dan selamat bercuti! And make sure back in here before 18th January 2009! Happy New Year 2009 everyone!
Ok la semua...nanti zul kembali lagi dengan story yang lain pula...jumpa lagi semua!



Much Love,
Zulhilmie Zainal

Sunday, December 7, 2008

Monsoon Cup 2008


Hi all....jumpa lagi dengan story baru...huhu...baru2 nie zul berkesempatan untuk saksikan perlumbaan kapal layar dunia Monsoon Cup di Ri-Yaz Marina, Pulau Duyong.. Memang best dapat saksikan cuma agak pening untuk memahami peraturan perlumbaan World Swedish Match Racing Tour nie...


Aktiviti bagi Monsoon Cup 2008 kali nie agak kurang menarik perhatian pengunjung di tambah pula dengan keadaan cuaca yang sekejap panas, sekejap hujan..Kalau di bandingkan dengan aktiviti Monsoon Cup pada tahun sebelumnya, tahun lepas agak menyeronokan di mana banyak aktiviti yang di anjurkan untuk pengunjung sertai seperti acara mengawal remote control kapal layar yang di adakan di ruang pameran.. Berbeza dengan kali nie yang agak hambar dan indah khabar dari rupa..apa pun, Monsoon Cup challenge tetap memberikan saingan sengit buat peserta dan kali nie satu-satunya pelumba wanita yang layak sertai adalah wanita dari perak! Tahniah buat Nurul Ain!


Bagi memeriahkan lagi sambutan Monsoon Cup, Kick-Off Concert di adakan di Dataran Shahbandar dan di hiburkan oleh ramai artis seperti Nubhan, Mila, Hattan, Amy Search, Nadia AF, Faizal AF, Dafi dan Heliza. Konsert ini di meriahkan lagi dengan lawak selamba dari Nabil Raja Lawak dan Mek.


Bagi yang belum lagi datang saksikan Monsoon Cup, jangan lepaskan peluang untuk saksikan acara tahunan yang berprestij ini!
Jumpa lagi dalam blog yang akan datang...




Salam Angin Monsoon,
Zulhilmie Zainal

Monday, December 1, 2008

Berlagak?? Pegi Mampos!!

Hi sumer...pekabor?sihat ke?Hapir sebulan zul tak update blog...bukan apa, agak sibuk la...campur pulak dengan rasa malas tuh...huhu

Agak kasar je tajuk blog kali nie kan?ini gara-gara sikap sesetengah manusia yang mempunyai hati busuk...bukan apa, zul hanya nak berkongsi cerita agar kita lebih berhati-hati dengan manusia yang berhati busuk, penuh dengan hasad dengki (ntah pape kn?)

Orang yang berhati busuk ini jugak, bukan setakat mempunyai rasa hasad dengki aje, tapi juga mempunyai pakej dalam menjayakan hasrat dia tuh...kan?kan? (mcm skema je ayat eh?)
Kadang-kadang yang busuk hati ini jugak, secara auto akan menjadi seorang yang mempunyai banyak wajah (bermuka-muka). U all pun mesti pernah alami keadaan macam nie kan?tentu rimas kan bila dalam persekitaran kita zaman sekarang, masih ada yang mempunyai perasaan mcm tuh dalam diri...bawa cerita yang kadang-kadang agak melampau, pulaukan, dan macam-macam lagi...kan? Dalam keadaan macam nie, better u all diamkan dulu...just wait and see...bila keadaan agak melampau sangat, tak kan nak diamkan jugak kan?Hurm....

Persoalannya sekarang, apa yang sepatutnya kita buat?Mungkin sesuatu yang bakal merubah sikap manusia itu sehingga menjadi betul-betul manusia atau buat sesuatu yang sebaliknya??

Jadi sama-samalah kita renung-renungkan dan selamat menjadi manusia sejati! Go chayook!
Sekian saje la story untuk kali ini...InsyaAllah jumpa lagi dalam blog yang akan datang....



Regards,
Zulhilmie Zainal