Sunday, December 7, 2008

Monsoon Cup 2008


Hi all....jumpa lagi dengan story baru...huhu...baru2 nie zul berkesempatan untuk saksikan perlumbaan kapal layar dunia Monsoon Cup di Ri-Yaz Marina, Pulau Duyong.. Memang best dapat saksikan cuma agak pening untuk memahami peraturan perlumbaan World Swedish Match Racing Tour nie...


Aktiviti bagi Monsoon Cup 2008 kali nie agak kurang menarik perhatian pengunjung di tambah pula dengan keadaan cuaca yang sekejap panas, sekejap hujan..Kalau di bandingkan dengan aktiviti Monsoon Cup pada tahun sebelumnya, tahun lepas agak menyeronokan di mana banyak aktiviti yang di anjurkan untuk pengunjung sertai seperti acara mengawal remote control kapal layar yang di adakan di ruang pameran.. Berbeza dengan kali nie yang agak hambar dan indah khabar dari rupa..apa pun, Monsoon Cup challenge tetap memberikan saingan sengit buat peserta dan kali nie satu-satunya pelumba wanita yang layak sertai adalah wanita dari perak! Tahniah buat Nurul Ain!


Bagi memeriahkan lagi sambutan Monsoon Cup, Kick-Off Concert di adakan di Dataran Shahbandar dan di hiburkan oleh ramai artis seperti Nubhan, Mila, Hattan, Amy Search, Nadia AF, Faizal AF, Dafi dan Heliza. Konsert ini di meriahkan lagi dengan lawak selamba dari Nabil Raja Lawak dan Mek.


Bagi yang belum lagi datang saksikan Monsoon Cup, jangan lepaskan peluang untuk saksikan acara tahunan yang berprestij ini!
Jumpa lagi dalam blog yang akan datang...




Salam Angin Monsoon,
Zulhilmie Zainal

0 comments: