Sunday, November 20, 2011
Nyahaktifkan!
Salam semua!
Haaa...kelaaass je dgr ayat nyahaktifkan itu kan? Kan? Atau dalam english iaitu Deactivated.
FYI, zul dah deactivated akaun Facebook untuk sementara. Bila tiba masanya nanti, akan di aktifkan balik. Cuma buat masa sekarang perlu untuk di nyahaktifkan (mcm geli je nk sebut ayat nie)...heheheh
Sekian sahaja laporan untuk kali ini. Hihi
Saya yang melaporkan,
Zulhilmie Zainal
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Go Harimau!
Lama tak update blog kan? Sangat busy lately...sorry ya! Nie pic masa perlawanan bola sepak antara Harimau Muda vs Garuda baru nie...
Pagi ari tuh, kami team east coast semangat dtg ofis pkai jersi...ingatkan kami je, tp rupanya hampir semua staff pun pkai! Fuhhhh!
Dari 7am smpai 12am kami b'kampung di ofis utk tengok match tersebut. Ada byk lagi gambar sebenarnya tapi semua dlm digital camera. Nie je yg dlm blackbebby... Yang lain, zul upload di next blog ya!
Apa pun, sokonglah sukan bola sepak tempatan!
Go Harimau Go! Aauummmmm!!!
With Love,
Zulhilmie Zainal
Monday, November 7, 2011
Salam Aidiladha!
Hi!
Salam Aidiladha kepada semua. Selamat menjalankan ibadah korban. Hati-hati di jalanraya, jangan ada yang terkorban.
Regards,
Zulhilmie Zainal.
Wednesday, November 2, 2011
Ada Apa Dengan Tujuh?
Hello jumpa lagi!
tadi tengah surfing internet untuk siapkan report, tetiba tertengok pasal kajian tarikh lahir nie. Jom tengok nie..
"nombor lahir saya adalah 7-INTELEKTUAL
Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. – Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. – Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. – Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. – Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. – Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana.- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana."
Ya, tarikh lahir zul adalah pada 7hb. hehehe...tapi betol ke nie? apa pun, korang yang kenal zul sila nilai sendiri....tettt!!
Jumpa lagi next entry! daaaaa~
Regards,
Zulhilmie Zainal.
Wednesday, September 7, 2011
Cinta Abadi....mungkin? Errkkk!
Hai semorang! hihi...jumpa lagi dlm entry seterusnya....kali nie nak share pendapat tentang 1 artikel dlm paper baru nie tentang cinta teragung bak kata Hazama dlm lagunya....Cinta seorang jejaka yang merebut si PONDAN. Adehhh....apa dah jadi nie? Homaiii, all the gurl out there, korang kena la bersaing dgn pondan ye pada zaman sekarang untuk merebut cinta si lelaki....homaaiiiiii *pengsan*
Tanjat boboy baca artikel tuh....auuuwww...entah la tak tau nak cakap apa lagi...korang fikirlah sendiri apa dan mengapa terjadinya sedemikian rupa...sanggup di simbah asid gara² cemburu...Cinta 3 Lelaki bodoh agaknya. Oh, agak kasar di situ. Tapi biarkan sahaja. hahah!
Btw, semoga diorg bahagia hingga anak cucu. tetttt!
Nie artikel yang ada dalam paper. Sumber oleh Harian Metro.
See You When I See You!
Thursday, August 25, 2011
Salam Ramadhan
So, how's puasa? Sumer oke ke? Jgn plak bulan je puasa tp kita tak puasa...kan? Tak baikk...apa² pun kini ramadhan hampir meninggalkan kita...
Aii (saya la) nak kongsi dgn korang psl aktiviti di bulan ramadhan...baru nie berkesempatan utk m'hadiri majlis berbuka puasa bersama anak yatim. Sangat seronok mcm kueh bronok! Hakhak.. Dan jugak, dpt m'hadirkan diri ke majlis berbuka puasa bersama Terengganu All Bikers Club anjuran Persatuan Permotoran Terengganu...wakil² dari semua club di jemput hadir t'masuk la aii yg hadir mewakili TABc b'sama ahli yg lain...sgt seronok jgk! Sorry ya pic kureng ckit...snap guna handphone je...hihi..
Ok la, memandangkan taip entry nie gunakan handphone je, agak tak best sbb keypad kecik! Dushh! Nnt kita merapu lagi di blog nie...tak kisah la kalo tak suka pun...hakhakhak...AAK? Hihi..gurau je...ok, kita jumpa lagi ya! Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat semua!
See You When I See You,
Zulhilmie Zainal
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, August 10, 2011
Salam Ramadhan
Hi semua...haaa, lama giler rasanya tak update blog nie...semalam masa tgh frust kalah main game, tetiba dtg mood utk tukar layout then post nie utk korang..hehe..sorry ya..bukan apa, kdg² idea taj dtg...biasanya aku nie suka merapu dalam Twitter je...sesape yg follow aku tuh, tau la mcm mana...selalu kena usik...iye idok? hihi
Sunday, May 15, 2011
AZZ Entertainment
So, sekiranya korang nak details or nak sewa ke apa kan korang bleh LIKE dkt Facebook page AZZ Entertainment seperti di widgets sbelah...nmpak kan? Hehek...ok la nnt teman cite lagi psl nie ye? Jumpa lagi! Daaaaa
Regards,
Zulhilmie Zainal
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Kerana Hati
Mungkin ramai di antara kita yang sering mengalami satu perasaan yang melibatkan hati dan perasaan. Kerana hati macam2 boleh berlaku. Kita jangan mudah terlupa dalam menjalinkan hubungan antara sesama manusia, walaupun kulit sama cerah dan rambut sama hitam, namun ada juga yang tidak sama sekali serupa dengan kita. Walaupun, berpenampilan anggun atau alim tetapi mereka ini tidak semestinya mempunyai perangai atau perilaku yang sama dengan kita. Malah, ada yang hanya berselindung di sebalik penampilan. Terfikir sejenak, apa yang terjadi sebenar dan apa yang menyebabkan semua ini terjadi?
Ini berlaku kerana ada di antara manusia yang mempunyai sedetik atau sedikit perasaan yang boleh merosakkan sesuatu perhubungan yang baik menjadi keruh dek kerana mereka ini mempunyai perasaan hasad dengki kepada manusia lain. Mungkin dengki kerana melihat kemajuan atau manusia yang lain lebih berjaya, lebih mendapat perhatian dan mungkin lebih segalanya dari diri mereka. Mereka ini sanggup melakukan apa sahaja asalkan matlamat mereka tercapai. Inilah yang banyak berlaku dalam kehidupan kita setiap hari.
dengar cerita lagi, dah jenuh berkali-kali
komplikasi dalam komunikasi jadi konfrontasi
mulut orang perosak reputasi, pembunuh motivasi
mereka pakar fabrikasi, modifikasi
di depan senyum, belakang dengki
yang cemburu mungkin teman kita sendiri
siapa tahu?
Memang benar apa yang Malique cuba sampaikan dalam bait² lirik lagu beliau di atas. Kerana seketul organism yang sebesar penumbuk tangan manusia dewasa itu, banyak perkara boleh berlaku. Pembunuhan, cakap belakang, dan sebagainya. Cuba kita berfikir seketika, perlukah untuk kita mempunyai PHD (Perasaan Hasad Dengki) itu terhadap masyarakat di sekeliling kita ini? Kerajaan rancak mengadakan pelbagai promosi bagi menyatukan perpaduan antara kaum tetapi masih ada juga sebilangan mereka yang boleh di katakan ibarat katak di bawah gelas. Nasihat saya, jika anda mempunyai rasa iri hati atau dengki itu terhadap pencapaian kehidupan orang lain, apa kata jika kita cuba lagi untuk mempertingkatkan lagi mutu hasil kerja kita atau apa sahaja yang boleh membawa kita pada tahap yang boleh di banggakan? Tidak perlu untuk kita dengki pada orang lain jika kita sendiri tidak cukup bagus atau tidak layak untuk mendapat pujian itu. Cuba dan teruskan mencuba untuk mempertingkatkan lagi nilai dalam kehidupan seharian kita ini.
Semoga luahan di atas sedikit sebanyak dapat membuka minda anda dalam menjalani kehidupan seharian yang penuh dugaan dan halangan........... bersambung
Regards,
Zulhilmie Zainal
TGG | 1218HRS
*taken from My Notes in Facebook.
Kembali Menyinar
0420HRS
Saturday, May 14, 2011
Alhamdulillah!
Setelah beberapa lama tak dpt access ke blog nie...akhirnya dpt jua mengambil alih blog nie dgn secara kekerasan digital...wahhh....penat kepala duk pikir mcm mana nk atasi masalah nie....alhamdulillah....dpt jua!