Thursday, August 25, 2011
Salam Ramadhan
So, how's puasa? Sumer oke ke? Jgn plak bulan je puasa tp kita tak puasa...kan? Tak baikk...apa² pun kini ramadhan hampir meninggalkan kita...
Aii (saya la) nak kongsi dgn korang psl aktiviti di bulan ramadhan...baru nie berkesempatan utk m'hadiri majlis berbuka puasa bersama anak yatim. Sangat seronok mcm kueh bronok! Hakhak.. Dan jugak, dpt m'hadirkan diri ke majlis berbuka puasa bersama Terengganu All Bikers Club anjuran Persatuan Permotoran Terengganu...wakil² dari semua club di jemput hadir t'masuk la aii yg hadir mewakili TABc b'sama ahli yg lain...sgt seronok jgk! Sorry ya pic kureng ckit...snap guna handphone je...hihi..
Ok la, memandangkan taip entry nie gunakan handphone je, agak tak best sbb keypad kecik! Dushh! Nnt kita merapu lagi di blog nie...tak kisah la kalo tak suka pun...hakhakhak...AAK? Hihi..gurau je...ok, kita jumpa lagi ya! Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat semua!
See You When I See You,
Zulhilmie Zainal
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, August 10, 2011
Salam Ramadhan
Hi semua...haaa, lama giler rasanya tak update blog nie...semalam masa tgh frust kalah main game, tetiba dtg mood utk tukar layout then post nie utk korang..hehe..sorry ya..bukan apa, kdg² idea taj dtg...biasanya aku nie suka merapu dalam Twitter je...sesape yg follow aku tuh, tau la mcm mana...selalu kena usik...iye idok? hihi
Sunday, May 15, 2011
AZZ Entertainment
So, sekiranya korang nak details or nak sewa ke apa kan korang bleh LIKE dkt Facebook page AZZ Entertainment seperti di widgets sbelah...nmpak kan? Hehek...ok la nnt teman cite lagi psl nie ye? Jumpa lagi! Daaaaa
Regards,
Zulhilmie Zainal
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Kerana Hati
Mungkin ramai di antara kita yang sering mengalami satu perasaan yang melibatkan hati dan perasaan. Kerana hati macam2 boleh berlaku. Kita jangan mudah terlupa dalam menjalinkan hubungan antara sesama manusia, walaupun kulit sama cerah dan rambut sama hitam, namun ada juga yang tidak sama sekali serupa dengan kita. Walaupun, berpenampilan anggun atau alim tetapi mereka ini tidak semestinya mempunyai perangai atau perilaku yang sama dengan kita. Malah, ada yang hanya berselindung di sebalik penampilan. Terfikir sejenak, apa yang terjadi sebenar dan apa yang menyebabkan semua ini terjadi? Ini berlaku kerana ada di antara manusia yang mempunyai sedetik atau sedikit perasaan yang boleh merosakkan sesuatu perhubungan yang baik menjadi keruh dek kerana mereka ini mempunyai perasaan hasad dengki kepada manusia lain. Mungkin dengki kerana melihat kemajuan atau manusia yang lain lebih berjaya, lebih mendapat perhatian dan mungkin lebih segalanya dari diri mereka. Mereka ini sanggup melakukan apa sahaja asalkan matlamat mereka tercapai. Inilah yang banyak berlaku dalam kehidupan kita setiap hari. dengar cerita lagi, dah jenuh berkali-kali komplikasi dalam komunikasi jadi konfrontasi mulut orang perosak reputasi, pembunuh motivasi mereka pakar fabrikasi, modifikasi di depan senyum, belakang dengki yang cemburu mungkin teman kita sendiri siapa tahu? Memang benar apa yang Malique cuba sampaikan dalam bait² lirik lagu beliau di atas. Kerana seketul organism yang sebesar penumbuk tangan manusia dewasa itu, banyak perkara boleh berlaku. Pembunuhan, cakap belakang, dan sebagainya. Cuba kita berfikir seketika, perlukah untuk kita mempunyai PHD (Perasaan Hasad Dengki) itu terhadap masyarakat di sekeliling kita ini? Kerajaan rancak mengadakan pelbagai promosi bagi menyatukan perpaduan antara kaum tetapi masih ada juga sebilangan mereka yang boleh di katakan ibarat katak di bawah gelas. Nasihat saya, jika anda mempunyai rasa iri hati atau dengki itu terhadap pencapaian kehidupan orang lain, apa kata jika kita cuba lagi untuk mempertingkatkan lagi mutu hasil kerja kita atau apa sahaja yang boleh membawa kita pada tahap yang boleh di banggakan? Tidak perlu untuk kita dengki pada orang lain jika kita sendiri tidak cukup bagus atau tidak layak untuk mendapat pujian itu. Cuba dan teruskan mencuba untuk mempertingkatkan lagi nilai dalam kehidupan seharian kita ini. Semoga luahan di atas sedikit sebanyak dapat membuka minda anda dalam menjalani kehidupan seharian yang penuh dugaan dan halangan........... bersambung Regards, Zulhilmie Zainal TGG | 1218HRS
*taken from My Notes in Facebook.
Kembali Menyinar
0420HRS
Saturday, May 14, 2011
Alhamdulillah!
Setelah beberapa lama tak dpt access ke blog nie...akhirnya dpt jua mengambil alih blog nie dgn secara kekerasan digital...wahhh....penat kepala duk pikir mcm mana nk atasi masalah nie....alhamdulillah....dpt jua!
Monday, October 25, 2010
Back to normal
Hi semua...da agak lama tak update blog sini sebab t'lalu 'sibuk' dgn hidup yang agak entah pape...haha...well, u all sihat ke? dlm statistik, tgk rmai jgk yg visit...thanks yaw! ok, see u in next blog!


